
Thursday, March 22, 2012
Kemarau dalam tangis

Sunday, March 11, 2012
Janji semalam
Dalam jiwa aku tidak punya apa-apa,
Andai dapat aku luahkan segala duka, pasti diri ini sudah lama aku canangkan pada kegelapan.
Gelap dalam terang. Terang mampu bersuluh.
Dalam setiap kilauan itu, aku sentiasa mengharapkan ada permata dalam duri. Agar tiap luka ini merubah kembali tiap pincang langkagku yang dulu aku parah. Aku mengerti apa itu derita. Apa itu suka.
Adakah masih ada lagi senyuman aku yang aku rindu.
Adakah masih ada langkah aku dalam suka.
Ya Rabb...kepadaMU aku berserah dalam tiap nafasku.
Saturday, March 10, 2012
PENGHUJUNG itu Tak PASTI
Dalam akhir-akhir hari, pasti kita menantikan saat penghujung, penghujung yang lebih baik daripada semalam. Dalam kealpaan jua, kita sering kali terlupa usia memakin meninggi dan udara yang disedut mungkin sudah penuh dalam jasad, menunggu masa dan saat untuk keluar dari cerita hari ini.
Aku juga tidak terlepas untuk bergerak seiring dengan langkah yang aku sendiri tak pasti, apa yang berlaku esok. Dalam ketidaksedaran, terlalu lama aku tidak merasa erti susah, kini Maha Pencipta menganugerahkan aku satu cubaan dalam hidup bagi aku menilai diri , sejauh mana diri ini mampu bertahan dalam langkah aku hari esok.
Dalam bacaan, aku terlalu tertarik dengan satu kalimah pena yang membuatkan diri ini berfikir untuk menjadi guru hidup. Aku kongsikan bersama kalian semua untuk membaca kalimah ini sekadar renungan.
Ketika Allah rindu pada hambaNYA, ia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yg isinya adalah ujian.Dlm hadis qudsi Allah berfirman:“Pergilah pada hambaKU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana AKU ingin mendengar rintihannya.” (HR Thabrani dari Abu Umamah)
Adakah aku sudah cukup kuat untuk mengharungi sisa-sisa esok bersama dengan nafas aku yang baru. Mengerti dalam sedar yang aku milikNYA. Tidak ada apa yang aku harapkan melainkan diriNYA berkehendakkan sesuatu yang lebih baik.
Setiap yang bernafas pasti ada bahagiaannya masing-masing untuk jalan hidup sendiri, aku mungkin mendapat hitam dalam hari ini dan orang lain mungkin mendapat merah. Tidak sama kan..Tapi semua itu telah ditetapkan untuk semua orang.
Sekerap mana aku panjatkan pertolongan dariNYA, sekuat itu juga dugaan akan bermain dalam aku tidak sedar. Aku redha dan pasrah atas ketentuanNYA. Bukan selayaknya aku untuk mengharapkan sesuatu untuk tempoh yang pantas.
Esok aku tidak akan berputus asa....
Esok aku akan terus kekal disini menunggu
Esok aku panjatkan lagi untukMU.
Friday, January 27, 2012
kalimah sendiri
Setiap kehidupan pasti tidak berganjak daripada titian dugaan dan cubaan, segigih mana aku menongkah arus untuk terus gagah berlari mengecapi alunan kitaran hidup yang aku sendiri tidak pernah sedar yang semakin hari dunia ini semakin tua, kehidupan pasti akan berakhir kelak.
Bukan aku untuk menidakkan perlunya dalam diri untuk percubaan untuk mengharungi perjalanan hidup yang hak. Yang batil tetap batil yang tidak bisa aku sangkalkan. Memang setiap kehidupan ada hak dalam setiap percubaan. Percubaan untuk melangkah tanpa tersandung mungkin diperhiasi dengan tiap tingkah berhati tapi kekadang langkah itu juga bakal membuatkan kita tersandung lalu rebah dalam penuhan luka. Aku dididik untuk tidak rebah dalam titian langkah. Tapi apakah daya setiap jiwa punya rasa dan naluri yang berbeza. Setiap pilihan pasti ada usaha dalam perhitungan dunia.
Aku tidak punya harapan meninggi untuk mengiyakan keadaan yg telah tersurat.Perjalanan hidup yang penuh berduri adalah pengajaran dalam setiap natijah kehidupan yg aku sendiri tidak sedar. Dalam kalimah-kalimah duniawi yang tidak pernah aku jangka. Setiap perhitungan tiada daya untuk aku menghuraikan satu persatu. Perjuangan dalam hidup itulah langkahku. Aku redha dengan setiap percaturan kehidupanku walaupun berduri, aku akan tetap gagah untuk terus bangun dari kejatuhan silam. Aku sekadar insan yang tidak lepas daripada melakukan setiap perjudian jalan kehidupanku.Setiap kalimahmu tidak pernah aku atur untuk satu kebahagiaan yg kekal.
Aku cekal kerna aku tahu di setiap kelukaan itu pasti ada jalan kebahagiaan di penghujungnya. Sudah terlalu lama diri ini malap tanpa sinar-sinar suka, yang aku kerinduan gelak tawa bagai ingin di canang di seluruh pelusuk dunia yang aku tengah bahagia. Ku kotakan setiap kalimah-kalimahku untuk tidak menghalang setiap kebahagiaann yang lain walaupun kusedar diri ini terlalu nipis untuk semua itu. Apakah daya ku untuk berharap sesuatu yang bukan milikku.
Titisan ini bukan untuk menagih simpati daripada sesiapa yang telah mengenali. Tapi sekadar meluahkan apa yang ku rasa dalam setiap hujung bicaraku.
Mampukah aku terus melanjutkan tagihan setiap kerinduan yang tidak berbalas.
Hanya satu yang ku pegang dalam nafasku
“ Baik di mataku mungkin sesuatu yang buruk di mata hatiku”


