Saturday, March 10, 2012

PENGHUJUNG itu Tak PASTI

Dalam akhir-akhir hari, pasti kita menantikan saat penghujung, penghujung yang lebih baik daripada semalam. Dalam kealpaan jua, kita sering kali terlupa usia memakin meninggi dan udara yang disedut mungkin sudah penuh dalam jasad, menunggu masa dan saat untuk keluar dari cerita hari ini.

Aku juga tidak terlepas untuk bergerak seiring dengan langkah yang aku sendiri tak pasti, apa yang berlaku esok. Dalam ketidaksedaran, terlalu lama aku tidak merasa erti susah, kini Maha Pencipta menganugerahkan aku satu cubaan dalam hidup bagi aku menilai diri , sejauh mana diri ini mampu bertahan dalam langkah aku hari esok.

Dalam bacaan, aku terlalu tertarik dengan satu kalimah pena yang membuatkan diri ini berfikir untuk menjadi guru hidup. Aku kongsikan bersama kalian semua untuk membaca kalimah ini sekadar renungan.


Ketika Allah rindu pada hambaNYA, ia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yg isinya adalah ujian.Dlm hadis qudsi Allah berfirman:“Pergilah pada hambaKU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana AKU ingin mendengar rintihannya.” (HR Thabrani dari Abu Umamah)


Adakah aku sudah cukup kuat untuk mengharungi sisa-sisa esok bersama dengan nafas aku yang baru. Mengerti dalam sedar yang aku milikNYA. Tidak ada apa yang aku harapkan melainkan diriNYA berkehendakkan sesuatu yang lebih baik.

Setiap yang bernafas pasti ada bahagiaannya masing-masing untuk jalan hidup sendiri, aku mungkin mendapat hitam dalam hari ini dan orang lain mungkin mendapat merah. Tidak sama kan..Tapi semua itu telah ditetapkan untuk semua orang.

Sekerap mana aku panjatkan pertolongan dariNYA, sekuat itu juga dugaan akan bermain dalam aku tidak sedar. Aku redha dan pasrah atas ketentuanNYA. Bukan selayaknya aku untuk mengharapkan sesuatu untuk tempoh yang pantas.

Esok aku tidak akan berputus asa....

Esok aku akan terus kekal disini menunggu

Esok aku panjatkan lagi untukMU.


0 comments: