Saturday, March 10, 2012

PENGHUJUNG itu Tak PASTI

Dalam akhir-akhir hari, pasti kita menantikan saat penghujung, penghujung yang lebih baik daripada semalam. Dalam kealpaan jua, kita sering kali terlupa usia memakin meninggi dan udara yang disedut mungkin sudah penuh dalam jasad, menunggu masa dan saat untuk keluar dari cerita hari ini.

Aku juga tidak terlepas untuk bergerak seiring dengan langkah yang aku sendiri tak pasti, apa yang berlaku esok. Dalam ketidaksedaran, terlalu lama aku tidak merasa erti susah, kini Maha Pencipta menganugerahkan aku satu cubaan dalam hidup bagi aku menilai diri , sejauh mana diri ini mampu bertahan dalam langkah aku hari esok.

Dalam bacaan, aku terlalu tertarik dengan satu kalimah pena yang membuatkan diri ini berfikir untuk menjadi guru hidup. Aku kongsikan bersama kalian semua untuk membaca kalimah ini sekadar renungan.


Ketika Allah rindu pada hambaNYA, ia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yg isinya adalah ujian.Dlm hadis qudsi Allah berfirman:“Pergilah pada hambaKU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana AKU ingin mendengar rintihannya.” (HR Thabrani dari Abu Umamah)


Adakah aku sudah cukup kuat untuk mengharungi sisa-sisa esok bersama dengan nafas aku yang baru. Mengerti dalam sedar yang aku milikNYA. Tidak ada apa yang aku harapkan melainkan diriNYA berkehendakkan sesuatu yang lebih baik.

Setiap yang bernafas pasti ada bahagiaannya masing-masing untuk jalan hidup sendiri, aku mungkin mendapat hitam dalam hari ini dan orang lain mungkin mendapat merah. Tidak sama kan..Tapi semua itu telah ditetapkan untuk semua orang.

Sekerap mana aku panjatkan pertolongan dariNYA, sekuat itu juga dugaan akan bermain dalam aku tidak sedar. Aku redha dan pasrah atas ketentuanNYA. Bukan selayaknya aku untuk mengharapkan sesuatu untuk tempoh yang pantas.

Esok aku tidak akan berputus asa....

Esok aku akan terus kekal disini menunggu

Esok aku panjatkan lagi untukMU.


Friday, January 27, 2012

kalimah sendiri

Setiap kehidupan pasti tidak berganjak daripada titian dugaan dan cubaan, segigih mana aku menongkah arus untuk terus gagah berlari mengecapi alunan kitaran hidup yang aku sendiri tidak pernah sedar yang semakin hari dunia ini semakin tua, kehidupan pasti akan berakhir kelak.

Bukan aku untuk menidakkan perlunya dalam diri untuk percubaan untuk mengharungi perjalanan hidup yang hak. Yang batil tetap batil yang tidak bisa aku sangkalkan. Memang setiap kehidupan ada hak dalam setiap percubaan. Percubaan untuk melangkah tanpa tersandung mungkin diperhiasi dengan tiap tingkah berhati tapi kekadang langkah itu juga bakal membuatkan kita tersandung lalu rebah dalam penuhan luka. Aku dididik untuk tidak rebah dalam titian langkah. Tapi apakah daya setiap jiwa punya rasa dan naluri yang berbeza. Setiap pilihan pasti ada usaha dalam perhitungan dunia.

Aku tidak punya harapan meninggi untuk mengiyakan keadaan yg telah tersurat.Perjalanan hidup yang penuh berduri adalah pengajaran dalam setiap natijah kehidupan yg aku sendiri tidak sedar. Dalam kalimah-kalimah duniawi yang tidak pernah aku jangka. Setiap perhitungan tiada daya untuk aku menghuraikan satu persatu. Perjuangan dalam hidup itulah langkahku. Aku redha dengan setiap percaturan kehidupanku walaupun berduri, aku akan tetap gagah untuk terus bangun dari kejatuhan silam. Aku sekadar insan yang tidak lepas daripada melakukan setiap perjudian jalan kehidupanku.Setiap kalimahmu tidak pernah aku atur untuk satu kebahagiaan yg kekal.

Aku cekal kerna aku tahu di setiap kelukaan itu pasti ada jalan kebahagiaan di penghujungnya. Sudah terlalu lama diri ini malap tanpa sinar-sinar suka, yang aku kerinduan gelak tawa bagai ingin di canang di seluruh pelusuk dunia yang aku tengah bahagia. Ku kotakan setiap kalimah-kalimahku untuk tidak menghalang setiap kebahagiaann yang lain walaupun kusedar diri ini terlalu nipis untuk semua itu. Apakah daya ku untuk berharap sesuatu yang bukan milikku.

Titisan ini bukan untuk menagih simpati daripada sesiapa yang telah mengenali. Tapi sekadar meluahkan apa yang ku rasa dalam setiap hujung bicaraku.

Mampukah aku terus melanjutkan tagihan setiap kerinduan yang tidak berbalas.

Hanya satu yang ku pegang dalam nafasku

“ Baik di mataku mungkin sesuatu yang buruk di mata hatiku”

Sunday, January 22, 2012

Gemersik


Di setiap gemersik pasti lahir jiwa, aku sudah puas untuk menyuntik segala luka dalam setiap alunannya, setiap kali ku zahirkan pada lagu, pasti diri ini tersentuh, bukan aku "chengeng' dalam setiap langkah kudratku, tapi aku sudah penat untuk merasa semua ini. Sudah puas aku pujuk hati ini untuk tidak merasa apa-apa, tapi tatkala itu jua segalanya datang bukan atas pintaku.

Aku punya perasaan dalam setiap bait-bait lirik, aku juga punya maksud dalam hidupku, aku inginkan bahagia, tapi duka itu jua yang datang dalam di setiap langkahku.

Apa daya aku?
Aku bukan lemah.
Aku juga punya keinginan.

Tatkala diri ini mengarang sebuah kehidupan pasti ada duri dalam tangis. Apa guna pada tangis itu? Tangis bukan bermakna aku kesal. Tidak, aku tidak pernah kesal kerna aku yang memilih untuk jadi begini. Aku bukan jahil dalam simpulan. Simpulan kehidupan setiap jasad.

Apakah aku perlu terus berdiri?
Ataupun aku perlu berbaring dan menanam diri?

Aku tidak bodoh dalam jahitan kasih. Aku terluka parah, berdarah dan bernanah.
Jahatkah aku pada diriku?

Apa guna dengan tangisan?
Menangis untuk membutakan diri? Aku tidak pernah kesal dalam gigihan kasih.
Kerna aku tahu, ini semua adalah gemersik kehidupan.



Wednesday, November 9, 2011

Aku akan mula bersuara....

Setelah sekian lamanya jejari ini tidak bersuara...
mengetuk papan huruf untuk membariskan kata-kata..
Aku bukan tidak punya idea...tapi aku punya banyak cerita...
cerita yang seakan tidak mampu untuk berkata-kata...

Entahlah ...duniaku hanya hitam...
Aku seakan mahu keluar dari semua kehitaman ini...tapi aku tidak mampu...
Tidak mampu berbuat apa-apa...Jika mampu ku tampung airmata ini...
Agaknya mungkin penuh sudah kolah .....

Dari satu demi satu dugaan Pencipta berikan pada aku...
Aku bukan sesal dgn apa yg berlaku....sebab semua itu aku yg cari..
Aku yang mencari maksalah...Aku bukannya cukup sifat untuk menolak segalanya

Adakah aku mampu berdiri lagi...berjalan seperti biasa sedangkan aku sedar, beban ini terlalu berat untuk aku bawa...ku bawa jua..kemana sahaja...apa daya aku...

Aku tidak pernah menyesal sebab aku tahu bibit-bibit hidup ini telah disuratkan..
Dan tugasan aku untuk mencari hikmahNYA...

Sunday, October 16, 2011

aku redha

Kau katakan mencintaiku cinta buta
Kau katakan merinduiku rindu gila
Kau katakan kasih sayang tak berharga
Mengapa baru kini kau luahkan

Aku redha untukmu yang aku cinta
Demi kebahagiaan kita
Mungkin kan kekhilafanku
Aku redha cinta ini terbiasa
Ujian telah huru-hara
Mencari kelemahanku

Kau katakan mencintaiku cinta buta
Kau katakan merinduiku rindu gila
Kau katakan kasih sayang tak berharga
Mengapa baru kini kau luahkan

Aku redha andai kau jauhkan diri
Membawa hati dan mimpi
Membiasa hidup sendiri

Aku redha walaupun dada berburai
Jiwa tak bisa menghurai
Betapa cinta padamu
Oh kasih jangan kau persiakan waktu
Maafkan aku tak berjaya
Mencipta bahagia ku janjikan

Monday, January 10, 2011

aku hidup dalam hidup.



kesedihan tidak pernah membiarkan kebahagiaan
datang sendirian ke hidup manusia
padahal seringkali kita tak cukup persediaan untuk
menikmatinya bersama......
begitu byk rasa sakit dan kehilangan di dalam hidup aku
padahal hidup terlalu singkat buat semua perasaan itu
beruntunglah manusia yang tahu apa yang mereka cari
dan diberi cukup waktu untuk mencari
kerna aku tak punya cukup masa untuk itu
bahkan untuk sekadar mengetahui apa yang aku cari pun

hanya ada dua tujuan besar dalam hidup ini
CINTA DAN KEMATIAN
ketika kita sedia menerima keduanya
bererti kita sedia menghadapi apa saja dlm hidup

ada yang hilang ketika kamu hilang
hatiku jiwa ku...
ada yang pergi ketika kamu pergi
senyum ku tawa ku.....
hidup aku ikut hilang bersama kamu
cintaku ikut pergi bersama kamu
sementara aku masih berdiri disini

Wednesday, January 5, 2011

kenapa semalam aku senyap...

setelah lama senyap bukan untuk menyepikan diri tapi hati seakan malas untuk menceritakan, bukan ada cerita menarik pun..apa yg berlaku hari ini sama je mcm hari semalam...kekadang terpikir apa perancangan hari esok...rancang bagai nak rak ..kadang-kadang tidak jugak menjadi...

tahun 2010, bermacam-macam suka dan duka yang aku tempuhi...mungkin pengajaran terbesar yang aku sendiri tak paham..ye betul..semua orang punya cerita masing-masing tapi adakah jalannya sama....mungkin sama dan mungkin tidak...

dulunya blog ini lah jadi teman di kala aku sendiri...mengadu dan membekukan cerita untuk bacaan serta simpanan, apa dan bagaimana. entah lah...aku penat untuk meluahkan dgn menaip setiap baris kata..mengira butir-butir huruf...

agak terlalu lama aku senyap bukan? ye lama bukan bererti pemilik blog ini mati tapi mungkin juga jiwanya telah lama mati.

Drama...suka hatilah apa orang nak cakap...sebab aku yang buat..dan aku sendiri jugak yang tanggung...

aku hidup tanpa jiwa..sebab aku tidak punya rasa...kerna rasa aku sudah lama hilang...

bertanya pada diri?? adakah aku hilang dalam kerdipan mata aku sendiri?? entahlah....macam cerita macam alasan..