Wednesday, November 26, 2008

SAKIT adalah GILA !!!!!!!

GILA adalah SAKIT
Bermacam - macam punca yang boleh menyebabkan seseorang itu sakit mental. Antaranya ialah dadah, alkohol, keturunan, tekanan sekeliling (environmental stress) dan lain - lain lagi.

Biasanya sebelum pesakit disahkan sakit, mereka akan dikenakan ujian ke atas tubuh badannya seperti darah dan lain - lain termasuklah ujian air kencing tetapi berhati - hatilah kerana kamu mungkin akan 'sakit'.

Psikosis - Pesakit ini selalu terputus hubungan dengan dunia realiti dan kebanyakkan mereka mengalami;-

-Skizofrenia

-Halusinasi seperti melihat sesuatu atau kebanyakkannya mendengar bunyi atau suara - suara yang tidak dapat di dengari oleh orang lain.

-Dilusi (Dilusional disorder) biasanya mereka ini tidak mengalami halusinasi. Mereka masih lagi berhubung dengan realiti.

  • Dilusional Jealousy - Pesakit ini selalunya mempunyai syak wasangka terhadap pasangannya. Tidak kiralah girlfriend, boyfriend, suami atau isteri mereka. Mereka percaya bahawa pasangan mereka sedang berlaku curang. Kemudian mereka melakukan pengintipan kecil - kecilan seperti memeriksa SMS di dalam telefon bimbit, memeriksa akaun Myspace atau Facebook (haha!) mencium baju takut - takut ada bau minyak wangi orang lain, mencuri dengar perbualan dan lain - lain. Bila dah kronik, mereka mula mengikut pasangannya ke mana - mana secara pengintipan. Pejabat, kedai mamak dan sebagainya. Orang - orang seperti ini biasanya hilang sense of humour dan terlalu sensitif ke atas isu ini.
  • Dilusion of reference; Pesakit selalu merasa seperti orang lain bercakap sesuatu yang buruk tentang mereka. Contoh; apabila mendengar orang lain berbisik, dia menyangka bahawa orang itu sedang bercakap buruk tentangnya. Contoh lain apabila mendengar bangsa lain bercakap menggunakan bahasa mereka lalu timbul syak wasangka. Ada juga yang percaya mereka dibenci orang dan ada juga yang sehingga merasakan ada orang yang mahu membunuh mereka.
  • Erotomania - Ini mungkin jarang berlaku. Seseorang pesakit di bawah kategori ini merasakan dan percaya bahawa mereka disukai atau dicintai oleh orang yang lebih tinggi status sosialnya.

-Thought disorder

-Mania atau kemurungan yang terlampau akibat tekanan. Contoh, tekanan selepas berpisah dengan girlfriend / boyfriend, suami atau isteri. Atau juga perpisahan / kematian keluarga. (Mood disorder) Jangan pandang ringan pada perpisahan atau putus cinta kerana ia mampu memberi tekanan yang melampau. Ada juga mereka yang apabila sedang murung, mereka bermurungan yang melampau tetapi apabila sedang seronok atau bergembira, merekalah yang kelihatan paling gembira. Ini banyak dikesan pada sesetengah orang. Mungkin ada juga dikesan pada selebriti.

-Neurosis : Ini selalunya ada pada kebanyakkan orang. Antaranya ialah ;

  • kesedihan,
  • kemarahan,
  • disturbing thoughts, (ia boleh jadi apa saja fikiran yang mengganggu)
    berfkir sesuatu berulang kali (repetition thoughts),
  • histeria
  • ketakutan atau anxiety (takut mati dan sebagainya).
  • fobia; contoh: terhadap binatang seperti lipas, kucing, ular, tikus dan lain - lain.
  • taksub/obses - O.C.D (Obssesive Compulsive Disorder) seperti contoh; pantang tengok bingkai gambar senget, pantang bilik bersepah, pantang memakai kasut belah kanan atau kiri dulu, pantang susun buku terbalik, pasang pijak lantai tandas yang basah, pantang ini dan itu.

-Narcissistic personality disorder; Mereka yang merasakan atau berkeyakinan bahawa mereka lebih unggul, sempurna serta lebih hebat berbanding orang lain. Mereka yang memiliki sifat ini biasanya tidak boleh atau pantang dikritik dan apabila dikritik mereka akan rasa terancam.

-Autoerotik ; Menyintai atau mengkagumi diri sendiri. Suka melihat diri sendiri di dalam cermin. Selalu merasakan mereka lebih cantik atau kacak. Suka mengambil gambar sendiri kerana terlalu cinta kepada wajah mereka.

-Exbihitionism; Gemar menunjukkan kemaluan pada orang lain (flasher).

* credit for zahiriladzim

Wednesday, October 22, 2008

Nasihat al-Qamah: Lima cara pilih sahabat

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:


1st, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

ke2, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungka n (menyebutnya) .

ke3, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

ke4, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

ke5, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.


Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

Thursday, September 4, 2008

lapangkan dadamu dgn INI..

Surah Al-Anbiyaa’ ayat 86:
And remember Zun-nun, when he departed in wrath: he imagined that We had no power over him! but he cried through the depths of darkness, "There is no god but You: Glory to You: I was indeed wrong!"

Dan (sebutkanlah peristiwa) Zunnun, ketika dia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan dia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka dia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.

Wednesday, July 23, 2008










today everything gone and i will like this....i hope so











Tuesday, July 22, 2008

How do I love thee?

Let me count the ways.
I love thee to the depth and breadth and height...My soul can reach,
when feeling out of sight.. For the ends of Being and ideal Grace.
I love thee to the level of everyday's most quiet need, by sun and candle-light.
I love thee freely, as men strive for Right;
I love thee purely, as they turn from Praise.
I love thee with a passion put to use.. In my old griefs, and with my childhood's faith.
I love thee with a love..I seemed to lose With my lost saints,
--- I love thee with the breath..Smiles...tears of all my life! --- and,

if God choose,I shall but love thee better after death.