Thursday, May 13, 2010

kelahiran hari ini.

setiap insan yg punya nyawa yg mampu berfikir..yang punya perasaan..yang punal, inginkan dirinya di ingati ..di hargai..mana ada yang tak inginkan benda yang indah ..seronok..
acapkali hadirnya tarikh keramat akan dibentangkan pada seluruh alam, hari ini adalah hari lahirku....nakkan semua meraikan umpama putera atau puteri..
alangkah indahnya kalau kita mengenali atau mengetahui kelahiran kita dalam pengiraan islam, cuba kita tanyakan pada kaum yg lain mereka berbangga pada tarikh kelahiran agama mereka sendiri. kekadang hati ini terpanggil untuk bertanya..tahu ke kau tarikh ko dalam bulan islam?? gamak muka pasti berkerut .."entah"...adalah jawapan yang terlintas...

aku bukan berkata untuk orang lain...tapi aku mentertawakan diri aku sendiri..di mana pengetahuan aku tentang sejarah aku sendiri...kalu nak di bincangkan perkara berbangkit..laju aje...tapi kalu berikutan dgn benda yang sepatutnya kita tahu..tak semua yang tahu..

aku lahir tanggal 21 pada setiap tahun di bulan October mengikut pengiraan tahun 1979, dan mengikut pengiraan umur, 31 layak aku menggariskan tanda tua...biar org kata biar tua tapi hati muda..kekekeke..
21 - october - 1979 bersamaan 29 - zulkaedah 1399 a.h bersamaan hari Ahad

bangkit..jangan tidur lagi...aku tidak pernah tamak atau kedekut untuk memberikan ilmu..
pada yang mungkin tercari-cari identiti dia sendiri..aku lampiran bersama agar kalian mendalami erti yang sebenar..bukan untuk percaya atau tidak tapi sekadar tahu atau tidak....

Convert your date here :
http://www.islam.com/islamicdates.asp

Muharram:
Seorang yang pendiam, sihat pemikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan sempurna, walaupun begitu jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar:
Tabiatnya buruk. Tidak suka mengakui kesalahanya. Ibu bapanya perlu mendidiknya untuk menghilangkan tabiat itu, jika tidak kehidupannya menjadi susah. Walaupunbegitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ia akan mendatangkan hasil.

RabiulAwal:Perwatakannya baik, mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga dalam pekerjaan, ramai yang menyenanginya. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras, dan mudah marah.

RabiulAkhir:
Perwatakanya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupan menjadi sukar kerana tabiat buruknya. Ibu bapanya menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

JamadilAwal:
Dia mempunyai tingkat keyakinan diri yang tinggi. Berani dan nekad. Kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walau begitu, keberanian dan tekadnya akan menunjukan hasil usahanya, kadangkala menemui kegagalan juga .

JamadilAkhir:
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Bila dia tahu dia salah atau keliru, dia mudah mengakuinya, bila dia tahu dia benar, pendirianya keras tidak mahu mengalah. Semasa kecil ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agak terserlah sifat-sifat yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab:
Semasa kecil dia degil dan nakal. Ibubapanya patut mendidik dengan baik agar dapatmenerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika dewasa, dia suka bersikap merendahkan diri dan tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa .

Syaaban:
Perwatakanya baik, hidup selamat rezekinya tidak putus-putus. Waktu kecil mudah mengalah bila bermain dengan kawan-kawan. Kelakuan baik, berbudi bahasa hingga semua orang suka kepadanya. Masa dewasa ia akan berjaya dalam segala dalam kerjayanya dan mudah mendapat rezeki .

Ramadhan:
Dia baik, pendiam, suka merendahkan diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenali. Tidak suka membanggakan dirinya dan kehidupannya selalu selamat.

Syawal:
Perwatakan keras. Hatinya keras. Tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan kehidupannya, oleh itu ibu bapa perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya, jika tidak, kehidupanya menjadi susah kerana perangai keras hatinya dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah:
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia terlalu banyak berfikir, sifat ini akan membuahkan hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana terlalu banyak berfikir, dia kadangkala menjadi keliru. Seharusnya dia bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang memuaskan.

Zulhijah:
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika dia baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaanya, kadangkala terlalum berlebih-lebihan atau sebaliknya. Oleh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah,dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatanya. Dia seringkali menyesal kerana kurang pertimbangan.

0 comments: